Teristimewa buat suami dan anak-anak tersayang...
Kurniaan yang tidak ternilai dariNya...
Semoga kebahagiaan yang terbina...
Akan kekal selamanya dan semoga kita sekeluarga sentiasa berada di dalam rahmatNya....
Amin....

Jumaat, 18 Mei 2012

Doa dimurahkan rezeki

"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Khamis, 17 Mei 2012

Info : Hitungan 33 tasbih dengan jari


Air Zam-Zam

Air Zam-zam ada banyak keistimewaannya......

  • Air zam-zam berasal dari mata air syurga
  • Antara kekuasaan Allah di Tanah Suci
          Imam Ad-Daiba Asy-Syaibani berkata : "Di antara   
                kekuasaan Allah yang nyata ialah Hajar Aswad   
    serta terpancarnya air zam-zam setelah dikuis oleh Malaikat  
                   Jibril AS dengan tumit ataupun sayapnya"



SUBHANALLAH!!

  • Berkat doa daripada nabi Ibrahim AS
  • Air terbaik di bumi
Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan dari Ibn Abbas yg bermaksud "Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam,di dalamnya ada makanan  yg mengenyangkan dan ubat untuk menyembuhkan penyakit"

  • Diguna oleh malaikat untuk membasuh hati orang yang paling mulia iaitu Rasulullah
  • Tidak akan kering
  Sabda Rasulullah "  bahawa air zam-zam adalah air yang penuh keberkatan dan mengenyangkan. Allah akan memberikan kemuliaan kpd hamba yg dekehendaki-Nya sejak awal hingga waktu yg Dia kehendaki."

Selasa, 15 Mei 2012

Sekadar renungan bersama....



Ku Mahu SyurgaMu

Bila aku berjalan terus di lantai bumi
Ribuan indah ku lihat di mata
Ku lihat disana keindahan flora
Keunikan fauna memukau jiwa

Lantas hati ku bertanya
Begini hijau dunia
Bagaimana warnanya syurga?


Ya Allah kurniakan ku syurga
Jauhi aku dari neraka

Disini mengalir sungai yang jernih
Bagaimanakah syurga yang mengalir dingin
Mutiara sungai di bawahnya

Ku dipersembahkan dengan kecantikan manusia
Lantas ku terbayang
Ramahnya malaikat, Senyumnya bidadari disana

Ku mahu syurga-Mu
Pasti takkan sama
Tiada tara, tiada setandingnya

Ya Allah, ku usaha semampunya
Untuk mencintai-Mu sepenuhnya

Agar dapat aku bersama kekasih-Mu
Bersama pencinta-Mu disana
Di Mahligai Syurga